Sunday, 24 March 2013

~FlY tO tHe SkY ,tHe GrOuNd Is ToO cRoWd~

Betapa jahilnya diri ini apabila pernah menangis kerana dunia y tidak dipandang Allah..apabila iman teruji dengan dugaan dunia y tidak seberapa..terasa lemah diri ini utk bangun kembali dan meneruskan perjalanan ke arahNYA..apabila sesuatu y diharapkan x menjadi..apabila merasakan dunia ini tidak ada ruang lagi untuk diri ini..apabila mengetahui diri ini tidak mengenali ALLAH sebenar benarnya..hanya bersembunyi di bawah bayang sendiri..takut untuk berhadapan dengan diri sendiri..terlalu lemah..memikirkan terlalu senang utk menasihati dan memberi semangat kpd org lain.tetapi hakikatnya diri ini y terumbang ambing dan x tentu hala..

 Bangun kembali daripada kegagalan utk terbang lebih tinggi adalah susah..namun hakikatnya diri ini lupa bahawa DIA sentiasa ada untuk diri y lemah ini dan membantu kita terbang lebih tinggi dr y diinginkan..Alhamdulillah..membina semangat baru dalam meneruskan perjuangan..yakin pasti sesuatu y besar menanti pada masa hadapan..pasti!!..sentiasa membawa kalimahNYA walau dimana jua..tetapi tidak hanya pada waktu suka malah duka akan tetap dibawa amanahNYA..saat diri ini berazam tidak akan jatuh pada kali kedua..juga ingin menjadi seperti matahari y tidak pernah malap walau apa jua berlaku..malah sinarnya sampai tidak kira dimana kita berada..






Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Jadi bangunlah..teruskan berjalan ke arahNYA..tanpa kita sedari sesuatu y besar pasti menanti dihadapan..binalah peribadi mulia disamping menjadi seperti matahari..diredhai ALLAH..jgn mengalah kerana kita sebaik2 ciptaan..^^