Friday, 4 October 2013

SAHABAT ITU ...


Pandangan seorang manusia kepada seorang manusia yang lain ,
akan memulakan sebuah ikatan persahabatan .
Mulanya kosong ,
tapi perjalanan itu dipenuhi tarbiyah, nasihat dan sokongan .
Dalam diam ,
sahabat itu sangat menginspirasikan diri ,
Watak dan peribadinya membuatkan aku sangat kagum ,
Tenang dan bersahaja .
Setiap detik dan ketika seolah-olah bahagia buatnya .
Masa ,
Walaupun dihalang ,
tapi tetap berdetik setiap masa ,
Kini semuanya semakin jauh .
Jauh , jauh dan jauh .
Diri sahabat itu .. dan segalanya tentangnya ,
Aku bukan Tuhan untuk menghukum ,
Aku juga bukan Malaikat yang sempurna .
Namun jika tentang dirimu ,
Aku sangat takut jika semuanya berubah ,
Mana perginya pesananmu ,
Mana hilangnya 'aura' kagummu,
Mana lenyapnya penghormatan orang kepadamu .
Itu tidak penting bagimu ?
Mungkin .
Tapi itu penting bagiku .
Aku benci bila kau menjadi bahan gosip
Seolah-olah dirimu sangat buruk bagi mereka .
Namun aku tidak selamanya bersamamu .
Sampai masanya ,
kita akan berpisah dan berjauhan ,
Mungkin untuk selama-lamanya .
Jaga dirimu ,
Pelihara kehormatan dan kekaguman dirimu .
Jangan biar suasana pelik itu mengubah dirimu ,
Tapi biarlah dirimu yang mengubah segalanya .
Gunakan sebaiknya ilmu tarbiyah dulu ,
Semoga berjaya wahai sahabat .
Aku akan sentiasa mendoakanmu .
Andai ini yang terakhir dariku ,
Tahulah dirimu satu perkara ,
Kau tetap sahabat terbaik aku .

Sunday, 24 March 2013

~FlY tO tHe SkY ,tHe GrOuNd Is ToO cRoWd~

Betapa jahilnya diri ini apabila pernah menangis kerana dunia y tidak dipandang Allah..apabila iman teruji dengan dugaan dunia y tidak seberapa..terasa lemah diri ini utk bangun kembali dan meneruskan perjalanan ke arahNYA..apabila sesuatu y diharapkan x menjadi..apabila merasakan dunia ini tidak ada ruang lagi untuk diri ini..apabila mengetahui diri ini tidak mengenali ALLAH sebenar benarnya..hanya bersembunyi di bawah bayang sendiri..takut untuk berhadapan dengan diri sendiri..terlalu lemah..memikirkan terlalu senang utk menasihati dan memberi semangat kpd org lain.tetapi hakikatnya diri ini y terumbang ambing dan x tentu hala..

 Bangun kembali daripada kegagalan utk terbang lebih tinggi adalah susah..namun hakikatnya diri ini lupa bahawa DIA sentiasa ada untuk diri y lemah ini dan membantu kita terbang lebih tinggi dr y diinginkan..Alhamdulillah..membina semangat baru dalam meneruskan perjuangan..yakin pasti sesuatu y besar menanti pada masa hadapan..pasti!!..sentiasa membawa kalimahNYA walau dimana jua..tetapi tidak hanya pada waktu suka malah duka akan tetap dibawa amanahNYA..saat diri ini berazam tidak akan jatuh pada kali kedua..juga ingin menjadi seperti matahari y tidak pernah malap walau apa jua berlaku..malah sinarnya sampai tidak kira dimana kita berada..






Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Jadi bangunlah..teruskan berjalan ke arahNYA..tanpa kita sedari sesuatu y besar pasti menanti dihadapan..binalah peribadi mulia disamping menjadi seperti matahari..diredhai ALLAH..jgn mengalah kerana kita sebaik2 ciptaan..^^

Friday, 4 January 2013

Life Is Reality





 Hidup adalah suatu benda yang tak pasti tapi realiti ! Dan kehidupan adalah suatu perjalanan yang sangat panjang..  Hidup ni penuh dengan dugaan .. cabaran .. ujian .. dan saaaaannnnggggaaaaaaattt complicated ! Kita tak pernah tau apa yang akan jadi pada kita  hari esok lusa .. minggu depan .. bulan depan .. tahun depan.. mahupun sesaat lagi ! Hidup ni jugak telah merakamkan pelbagai jenis kehidupan dan ragam manusia . daripada baby .. sampai la nenek si bongkok tiga!




Kadang-kadang kita sentiasa mengharapkan suatu permulaan yang baik dalam hidup kita , tapi yang datang adalah sebaliknya .. Macam tu jugak dengan orang yang selalu cakap dalam hati dia , ' Dia memang kawan aku sampai bila-bila..' .. Tapi last - last , persahabatan yang dibina hanya sampai di pertengahan jalan .. Mungkin sebab khianat , dendam , salah faham .. atau pape je la.. Tapi tak pe .. Itu hanyalah corak-corak yang nak mewarnai kehidupan kita je .. Kalau tanpa dugaan , mungkin kita tak jadi manusia ..  Cuma kita kena kuat dan tingkatkan  motivasi dalam diri kita bila kita jatuh.. Kawan saya penah cakap ' Kuat dan tabah adalah dua perkara yang berbeza.. Menjadi kuat adalah mudah , tapi menjadi tabah...' Manusia hari ni selalu menyalahkan takdir.. Kita tak pernah tau apa yang terbaik untuk diri kita , sebab tu kita kena usaha .. Apa yang Allah bagi mungkin itu sewajarnya yang kita dapat ... Tapi kalau result tak ok.. tak pe .. Benda dah lepas , tetap tak kan boleh diubah .. Tapi semua usaha yang kita dah  buat , takkan ada satu pun yang Allah akan terlepas untuk kira..




    " Sesungguhnya rahmatKu meliputi kemurkaanKU..."




Boleh jadi perkara yang paling sedih dalam hidup kita adalah rahmat Allah yang memang tak terhingga..
Dan boleh jadi kemewahan yang kita rasa tanpa ada rasa bersyukur pada Nya adalah satu perkara yang hanya akan menambahkan lagi kesesatan kita di dunia.. Nauzubillahiminzalik..