~UkHuWaHfIlLaH~
Friday, 4 October 2013
SAHABAT ITU ...
Pandangan seorang manusia kepada seorang manusia yang lain ,
akan memulakan sebuah ikatan persahabatan .
Mulanya kosong ,
tapi perjalanan itu dipenuhi tarbiyah, nasihat dan sokongan .
Dalam diam ,
sahabat itu sangat menginspirasikan diri ,
Watak dan peribadinya membuatkan aku sangat kagum ,
Tenang dan bersahaja .
Setiap detik dan ketika seolah-olah bahagia buatnya .
Masa ,
Walaupun dihalang ,
tapi tetap berdetik setiap masa ,
Kini semuanya semakin jauh .
Jauh , jauh dan jauh .
Diri sahabat itu .. dan segalanya tentangnya ,
Aku bukan Tuhan untuk menghukum ,
Aku juga bukan Malaikat yang sempurna .
Namun jika tentang dirimu ,
Aku sangat takut jika semuanya berubah ,
Mana perginya pesananmu ,
Mana hilangnya 'aura' kagummu,
Mana lenyapnya penghormatan orang kepadamu .
Itu tidak penting bagimu ?
Mungkin .
Tapi itu penting bagiku .
Aku benci bila kau menjadi bahan gosip
Seolah-olah dirimu sangat buruk bagi mereka .
Namun aku tidak selamanya bersamamu .
Sampai masanya ,
kita akan berpisah dan berjauhan ,
Mungkin untuk selama-lamanya .
Jaga dirimu ,
Pelihara kehormatan dan kekaguman dirimu .
Jangan biar suasana pelik itu mengubah dirimu ,
Tapi biarlah dirimu yang mengubah segalanya .
Gunakan sebaiknya ilmu tarbiyah dulu ,
Semoga berjaya wahai sahabat .
Aku akan sentiasa mendoakanmu .
Andai ini yang terakhir dariku ,
Tahulah dirimu satu perkara ,
Kau tetap sahabat terbaik aku .
Sunday, 24 March 2013
~FlY tO tHe SkY ,tHe GrOuNd Is ToO cRoWd~
Betapa jahilnya diri ini apabila pernah menangis kerana dunia y tidak dipandang Allah..apabila iman teruji dengan dugaan dunia y tidak seberapa..terasa lemah diri ini utk bangun kembali dan meneruskan perjalanan ke arahNYA..apabila sesuatu y diharapkan x menjadi..apabila merasakan dunia ini tidak ada ruang lagi untuk diri ini..apabila mengetahui diri ini tidak mengenali ALLAH sebenar benarnya..hanya bersembunyi di bawah bayang sendiri..takut untuk berhadapan dengan diri sendiri..terlalu lemah..memikirkan terlalu senang utk menasihati dan memberi semangat kpd org lain.tetapi hakikatnya diri ini y terumbang ambing dan x tentu hala..
Bangun kembali daripada kegagalan utk terbang lebih tinggi adalah susah..namun hakikatnya diri ini lupa bahawa DIA sentiasa ada untuk diri y lemah ini dan membantu kita terbang lebih tinggi dr y diinginkan..Alhamdulillah..membina semangat baru dalam meneruskan perjuangan..yakin pasti sesuatu y besar menanti pada masa hadapan..pasti!!..sentiasa membawa kalimahNYA walau dimana jua..tetapi tidak hanya pada waktu suka malah duka akan tetap dibawa amanahNYA..saat diri ini berazam tidak akan jatuh pada kali kedua..juga ingin menjadi seperti matahari y tidak pernah malap walau apa jua berlaku..malah sinarnya sampai tidak kira dimana kita berada..
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.
Jadi bangunlah..teruskan berjalan ke arahNYA..tanpa kita sedari sesuatu y besar pasti menanti dihadapan..binalah peribadi mulia disamping menjadi seperti matahari..diredhai ALLAH..jgn mengalah kerana kita sebaik2 ciptaan..^^
Bangun kembali daripada kegagalan utk terbang lebih tinggi adalah susah..namun hakikatnya diri ini lupa bahawa DIA sentiasa ada untuk diri y lemah ini dan membantu kita terbang lebih tinggi dr y diinginkan..Alhamdulillah..membina semangat baru dalam meneruskan perjuangan..yakin pasti sesuatu y besar menanti pada masa hadapan..pasti!!..sentiasa membawa kalimahNYA walau dimana jua..tetapi tidak hanya pada waktu suka malah duka akan tetap dibawa amanahNYA..saat diri ini berazam tidak akan jatuh pada kali kedua..juga ingin menjadi seperti matahari y tidak pernah malap walau apa jua berlaku..malah sinarnya sampai tidak kira dimana kita berada..
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya
nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk,
nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk
air pun."
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk.
Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah.
Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia
semata-mata?Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.
Jadi bangunlah..teruskan berjalan ke arahNYA..tanpa kita sedari sesuatu y besar pasti menanti dihadapan..binalah peribadi mulia disamping menjadi seperti matahari..diredhai ALLAH..jgn mengalah kerana kita sebaik2 ciptaan..^^
Friday, 4 January 2013
Life Is Reality
Hidup adalah suatu benda yang tak pasti tapi realiti ! Dan kehidupan adalah suatu perjalanan yang sangat panjang.. Hidup ni penuh dengan dugaan .. cabaran .. ujian .. dan saaaaannnnggggaaaaaaattt complicated ! Kita tak pernah tau apa yang akan jadi pada kita hari esok lusa .. minggu depan .. bulan depan .. tahun depan.. mahupun sesaat lagi ! Hidup ni jugak telah merakamkan pelbagai jenis kehidupan dan ragam manusia . daripada baby .. sampai la nenek si bongkok tiga!
Kadang-kadang kita sentiasa mengharapkan suatu permulaan yang baik dalam hidup kita , tapi yang datang adalah sebaliknya .. Macam tu jugak dengan orang yang selalu cakap dalam hati dia , ' Dia memang kawan aku sampai bila-bila..' .. Tapi last - last , persahabatan yang dibina hanya sampai di pertengahan jalan .. Mungkin sebab khianat , dendam , salah faham .. atau pape je la.. Tapi tak pe .. Itu hanyalah corak-corak yang nak mewarnai kehidupan kita je .. Kalau tanpa dugaan , mungkin kita tak jadi manusia .. Cuma kita kena kuat dan tingkatkan motivasi dalam diri kita bila kita jatuh.. Kawan saya penah cakap ' Kuat dan tabah adalah dua perkara yang berbeza.. Menjadi kuat adalah mudah , tapi menjadi tabah...' Manusia hari ni selalu menyalahkan takdir.. Kita tak pernah tau apa yang terbaik untuk diri kita , sebab tu kita kena usaha .. Apa yang Allah bagi mungkin itu sewajarnya yang kita dapat ... Tapi kalau result tak ok.. tak pe .. Benda dah lepas , tetap tak kan boleh diubah .. Tapi semua usaha yang kita dah buat , takkan ada satu pun yang Allah akan terlepas untuk kira..
" Sesungguhnya rahmatKu meliputi kemurkaanKU..."
Boleh jadi perkara yang paling sedih dalam hidup kita adalah rahmat Allah yang memang tak terhingga..
Dan boleh jadi kemewahan yang kita rasa tanpa ada rasa bersyukur pada Nya adalah satu perkara yang hanya akan menambahkan lagi kesesatan kita di dunia.. Nauzubillahiminzalik..
Saturday, 24 November 2012
~TINTA INDAH PENGUAT JIWA- :)
Bismillahirrahmanirrahim.....
Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu. Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Haq ia berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.
HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.
UJIAN... Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!
CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.
REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.
SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya. "Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.
Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.

Friday, 26 October 2012
~HALL OF MUSLIM~
DID YOU REALIZE WE ARE WEAK??..ALL OF OUR THINGS BELONG TO HIM..WE JUST BORROW HIM..BUT IF WE BELIEVE HIM..NOTHING IS IMPOSSIBLE..TRUST HIM.
WHEN YOU TRUST HIM..
YOU COULD BE THE GREATEST
YOU COULD BE THE BEST
YOU CAN BEAT THE WORLD
YOU CAN BEAT THE WAR
WHEN YOU BELIEVE HIM..
YOU CAN THROW YOUR HANDS UP
YOU CAN BE THE CLOCK
YOU CAN MOVE A MOUNTAIN
YOU CAN BREAK ROCKS
YOU CAN BE A MASTER
WHEN YOU LOYAL TO HIM..
YOU COULD GO THE DISTANCE
YOU COULD RUN THE MILE
YOU COULD WALK STRAIGHT
YOU CAN FACE PROBLEMS WITH A SMILE
WHEN YOU OBEY HIM..
YOU COULD BE THE HERO
YOU COULD GET THE GOLD
BREAKING ALL RECORD THAT
NEVER COULD BE BROKE
DO IT FOR YOUR PEOPLE
DO IT FOR YOUR PRIDE
DO IT FOR YOUR COUNTRY
DO IT FOR YOUR ALLAH
DON'T WAIT FOR LUCK
DEDICATE YOURSELF
COUSE THERE'S GONNA BE A DAY WHEN YOUR
STANDING IN THE HALL OF FAME
BRINGING THE ISLAM
AND THE WORLD'S GONNA KNOW YOUR TRUTH
BECAUSE YOU BURN WITH A BRIGHTEST FLAME
REMEMBER...
BE MORE CONCERNED
WITH YOUR CHARACTER
THAN YOUR REPUTATION
BECOUSE YOUR CHARACTER
IS WHAT YOU ARE
WHILE YOUR REPUTATION IS MERELY
WHAT OTHERS THINK YOU ARE...
WHEN YOU TRUST HIM..
YOU COULD BE THE GREATEST

YOU CAN BEAT THE WORLD
YOU CAN BEAT THE WAR
WHEN YOU BELIEVE HIM..
YOU CAN THROW YOUR HANDS UP
YOU CAN BE THE CLOCK
YOU CAN MOVE A MOUNTAIN
YOU CAN BREAK ROCKS
YOU CAN BE A MASTER
WHEN YOU LOYAL TO HIM..
YOU COULD GO THE DISTANCE
YOU COULD RUN THE MILE
YOU COULD WALK STRAIGHT
YOU CAN FACE PROBLEMS WITH A SMILE

YOU COULD BE THE HERO
YOU COULD GET THE GOLD
BREAKING ALL RECORD THAT
NEVER COULD BE BROKE
DO IT FOR YOUR PEOPLE
DO IT FOR YOUR PRIDE
DO IT FOR YOUR COUNTRY
DO IT FOR YOUR ALLAH
DON'T WAIT FOR LUCK
DEDICATE YOURSELF
COUSE THERE'S GONNA BE A DAY WHEN YOUR
STANDING IN THE HALL OF FAME
BRINGING THE ISLAM
AND THE WORLD'S GONNA KNOW YOUR TRUTH
BECAUSE YOU BURN WITH A BRIGHTEST FLAME
REMEMBER...
BE MORE CONCERNED
WITH YOUR CHARACTER
THAN YOUR REPUTATION
BECOUSE YOUR CHARACTER
IS WHAT YOU ARE
WHILE YOUR REPUTATION IS MERELY
WHAT OTHERS THINK YOU ARE...
Friday, 17 August 2012
JANGAN LARI !!!
Dalam dunia ni , tak kan ada manusia yang hidupnya bersenang-lenang. Mesti ada kesusahan , mesti ada kesedihan, mesti ada kepayahan dan mesti ada cabaran . Inilah masalah..... Dan setiap orang akan hadapi masalah yang berbeza-beza . Kalau hidup seseorang tu ringan je macam kapas, langsung tak ada bebanan.. Dia tak kan pernah belajar daripada kehidupan dan dia tak kan pernah rasa tanggungjawab yang dipikul dalam hidup...
Belajar daripada kehidupan adalah guru yang terbaik untuk mentarbiyah hati dan diri kita semua. Setiap orang ada cara masing-masing. Ada yang hatinya mudah tersentuh bila dengar kata-kata motivasi, ada yang dirinya insaf bila dinasihati sahabat, ada yang akan berfikir semula bila terbaca mengenai sesuatu , ada yang rasa dirinya terpanggil bila mendengar lagu-lagu yang berbentuk keinsafan ......
Allah dah bagi macam-macam saluran pada kita sebenarnya , tinggal kita je yang nak ataupun tak . Then, tugas Allah pula yang nak beri hidayah pada sesiapa yang Dia nak . Kita sebagai hamba kena selalu berdoa pada Allah supaya menerima hidayah - Nya yang terpancar pada kita . Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Berkehendak ke atas tiap-tiap sesuatu .
Nak jadi manusia yang hebat , kita kena jadi orang yang professional dalam segala apa yang kita lakukan. Macam mana ? Layan je masalah yang datang . Kita selalu cakap macam ni, ''Ya Allah, kenapa kau uji aku macam ni ? ''. Allah jawab, ''Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuatu dengan kesanggupannya'' (surah al-Baqarah : 286).
Setiap usaha yang kita lakukan untuk kita hadapi sesuatu masalah , mesti Allah akan kira satu persatu. Sebab tu , bila ditimpa musibah , natijah itu yang kedua . Yang penting usaha kita itu bagaimana . Allah bagi ujian pada kita sebab Allah sayang sangat pada hamba-Nya . Allah tak nak hamba-hamba Dia hanyut dengan keseronokan dunia je . Jadi, Allah bagi ujian pada kita . Nak uji keimanan kita pada Dia. Allah suka sangat pada hamba yang selalu mengadu pada Dia . Kesimpulannya,bila ada masalah jangan lari . Pergi dating dengan Allah, cerita segala-galanya pada Dia . Tuhan tak pernah tinggalkan kita !
Saturday, 21 July 2012
RAMADHAN-TiNgKaTkAn AmAlAn KuRaNgKaN kOnTrOvErSi
andai ku tahu ini ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir dan beramal
menjaga puasaku agar bernilai....
andai ku tahu ini ramadhan terakhir
tentu solat ku kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawaduk
andai ku tahu ini ramadhan terakhir
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat berlalu
di setiap kesempatan..alunan al-quran akan ku
dendangkan.....
andai ku tahu ini ramadhan terakhir
pasti malamku dipenuhi dengan tarawih.....
bertilawah dan bertahajud
mengadu.......merintih.......meminta belas
sesungguhnya aku tidak layak ke jannah mu
tp aku juga tak sanggup ke nerakamu.....
oleh itu marilah kita meriahkan ramadhan ini..
kita buru...kita cari..suatu malam idaman..
yang lebih baik daripada seribu bulan
LAILATUL QADAR
namun sahabat.........
tidak akan manusia y mengetahui....
adakah ini ramadhan terakhir baginya...
yang mampu bagi seorang hamba itu..
hanya berusaha...bersedia...
meminta belas kasih Nya
tetapi andai benar ini ramadhan terakhirku..
MAAFKAN SEGALA KESALAHAN YANG
PERNAH AKU LAKUKAN........
p/s: pastikan ramadhan ni luar biasa ok..haha

Subscribe to:
Posts (Atom)